Ini merupakan character final year project yang bertajuk "SAENG". Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Mawar tinggal di dalam hutan. Mawar
keluar mencari buah dihutan. Semasa berjalan-jalan di hutan Mawar ternampak
sebatang pokok epal dan buah bertaburan di tanah berhampiran dengannya. Mawar
mengutip buah epal tersebut untuk dijadikan bekalan makanan sehariannya. Ketika
Mawar sedang mengutip buah epal, tiba-tiba terdengar sesuatu terdekatan
dengannya. Mawar berjalan mencari bunyi tersebut dan ternampak sebentuk badan yang
diberi bernama Melur sedang duduk sambil makan. Mawar terus jalan untuk
mendekatinya dan menyapa dirinya. Kemudian mawar memperkenalkan dirinya
kepadanya, akan tetapi dibalas dengan reaksi muka yang menghampakan Mawar dan tidak
ingin didekati. Mawar mengambil keputusan meninggal Melur yang sombong itu
dan terus berjalan. Sedang Mawar
berjalan-jalan datang seekor kelip-kelip sedang terbang dihadapan mukanya. Mawar
mula berminat dengan kelip-kelip tersebut dan terus mengekori kelip-kelip
tersebut. Ketika Mawar leka mengekori kelip-kelip tiba-tiba Mawar terpijak
sesuatu tanpa sengaja. Dengan segera meraung seekor gergasi yang diberi nama
Gasi kerana ekornya dipijak dan dalam masa sama Mawar terkejut dengan suara
yang terlalu kuat sehingga mengegarkan hutan tersebut. Mawar terjatuh kerana
ekor telah di angkat. Gasi itu mula mengganas untuk menyerang Mawar dan dalam
masa yang masa Melur juga terkejut dengan suara tersebut. Melur berlari mencari
suara tersebut. Melur ternampak seekor gergasi cuba menyerang Mawar. Dengan
tenaga yang Melur ada, Melur mula menyerang gasi tersebut dan Mawar terkejut
dengan tindakan yang Melur lakukan. Berlaku bergelutan antara Melur dan Gasi.
Dalam masa pergelutan itu, tiba-tiba Melur telah diserang sehingga jatuh ke
tanah dan lemah untuk meyerangnya semula. Selepas itu, Gasi cuba untuk memijak
Melur, akan tetapi Mawar lebih pantas memberi kuasa yang ada dalam dirinya
untuk Melur. Kuasa yang ada dalam badan mawar hanya untuk orang yang memerlukan
berbanding dirinya kerana sumpah dewa hutan yang memutus sedemikian. Setelah
diberikan kuasa kepada Melur badan Mawar menjadi lemah. Dengan segera Melur
berubah menjadi kuat dan bertukar. Melur mula menyerang Gasi kembali dengan
memanggil kuasa akar pokok untuk membunuh Gasi tersebut. Selepas itu, akar
pokok mula melilit seluruh badan gasi tersebut sehingga tanah ke tanah dan Gasi itu mati dililit akar pokok itu.
Kemudian Melur mendekati Mawar yang masih lemah melihat keadaannya. Akhirnya,
melur meminta maaf kepada Mawar atas perbuatan yang telah dia lakukan. Kini
Mawar dan Melur kawan baik didalam hutan tersebut.
 |
| Main character (MAWAR) |
 |
| Werewolf is (MELUR) |
 |
| Melur change |
 |
| giant is Gasi |
Comments
Post a Comment